Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan ketika merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2024 di Kuching hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Projek empangan melata Sarawak guna teknologi baharu mesra alam – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 28 April: Projek empangan melata berdekatan Sungai Kanowit dan Song di Kapit akan menggunakan teknologi baharu mesra alam iaitu elevated tank, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak menjelaskan, teknologi berkenaan bergantung kepada keupayaan graviti untuk operasi empangan.

Sarawak tempat ketiga dalam komitmen ekonomi di Malaysia – Abang Johari

Tambah Abang Johari, ketika ini kajian sedang dilaksanakan dan sekiranya berjaya, teknologi berkenaan akan turut dilaksanakan di sepanjang pesisir sungai di Sarawak.

“Saya mulakan dengan kita menggunakan pam hidro untuk tarik air sungai dengan kaedah mengepam kepada elevated tank (kemudian) kita lepaskan dengan menggunakan paip yang hujungnya diletakkan turbin.

46 projek air bernilai RM6.01 bilion diluluskan di Sarawak – TPM Fadillah

“Saya cuba di Batang Lupar dan ia berjaya menjana tenaga.

“(Ini) bermakna kita buat low tension cable yang boleh menjana tenaga untuk orang kampung dan juga industri kecil di kawasan tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2024, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Mengulas lanjut mengenai projek empangan melata di Sungai Gat di Kapit, Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak bersedia untuk memindahkan projek tersebut ke tempat lain sekiranya wujud bantahan.

Jelas Abang Johari beliau difahamkan ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak tahu konsep empangan melata dan meminta penjelasan mengenai pelaksanaan projek itu.

“Jika NGO itu curiga, kita akan alihkan ke tempat lain yang memerlukannya,” katanya pada sidang sidang media selepas itu.

Tambah Abang Johari projek hijau yang dilaksanakan di Kapit itu sebenarnya menerima sokongan penduduk.

Sementara itu beliau memaklumkan, Sarawak tidak akan menggunakan arang batu dalam penjanaan kuasa di loji tenaga Sejingkat dan Balingian selaras dengan usaha untuk membangunkan tenaga bersih serta mampan.

Ujarnya, ia akan diganti dengan tenaga berasaskan biojisim yang menyaksikan kuasa dijana boleh melebihi 500 megawat (MW). -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan