Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2024, di sini, pada Ahad. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak tempat ketiga dalam komitmen ekonomi di Malaysia – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 28 April: Sarawak kini berada di kedudukan ketiga dalam komitmen ekonomi di Malaysia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, kekuatan ekonomi yang dimiliki wilayah ini juga telah berjaya menarik kehadiran pelabur dalam dan luar negara.

46 projek air bernilai RM6.01 bilion diluluskan di Sarawak – TPM Fadillah

“Sekarang ini dalam komitmen ekonomi, kita telah mengatasi Johor. Kita adalah yang ketiga teratas.

“Mungkin tak lama lagi kita akan mengatasi Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2024 di sini hari ini.

@tvsarawak

Sarawak kini berada di kedudukan ketiga dalam komitmen ekonomi di Malaysia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata potensi ekonomi Sarawak juga menyaksikan semakin ramai peniaga serta pelabur berminat menanam modal di sini.

Pertimbang cadangan pelabur sediakan deposit RM2 juta untuk berhijrah ke Sarawak – Abang Johari

“Sebab itu banyak orang nak pindah sini tapi kita nakkan orang yang boleh bawa idea baru,” katanya.

Sementara itu sempena sambutan HAS yang bertemakan “Air Untuk Keamanan’, pelbagai aktiviti menarik seperti pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta, pertandingan memancing, pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan H20 Quest, pertandingan sukan rakyat, Zumba Madani dan persembahan artis tempatan turut diadakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan