Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Hari Air Sedunia di Kuching hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Pertimbang cadangan pelabur sediakan deposit RM2 juta untuk berhijrah ke Sarawak – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 28 April: Kerajaan Sarawak bersedia untuk mempertimbangkan cadangan supaya pelabur yang ingin berhijrah ke wilayahnya wajib mendepositkan sekurang-kurangnya RM2 juta atau membeli hartanah bernilai RM1.5 juta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sekiranya syarat itu dilaksanakan, komuniti perniagaan berkenaan juga perlu memohon status penduduk tetap di Sarawak.

Tambah beliau, mereka juga harus menyumbang idea dan seterusnya menjana ekonomi Sarawak.

“Kenapa tidak (status penduduk tetap kepada pelabur luar) kerana mereka merupakan komuniti perniagaan yang melabur di sini.

“Kalau hendak menjadi penduduk tetap, maka mereka hendaklah melabur dan membeli rumah di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2024, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Abang Johari berkata demikian sebagai mengulas cadangan Fadillah semalam supaya Kerajaan Sarawak mensyaratkan peniaga atau pelabur yang berminat untuk berhijrah ke sini agar mendepositkan sekurang-kurangnya RM2 juta atau membeli hartanah tidak kurang daripada RM1.5 juta.

Menurut Fadillah, ramai rakan-rakan perniagaan dari Semenanjung Malaysia dan Sabah menyatakan hasrat ingin berhijrah ke Sarawak susulan prospek perniagaan dan pelaburan yang ada di Sarawak.

Sementara itu Abang Johari berkata, Sarawak kini berada di tempat ketiga teratas di Malaysia dan mengatasi Johor dalam komitmen ekonomi.

“Ini dilihat sebagai permata yang mendorong kepada peningkatan kemasukan pelabur luar yang berhasrat untuk masuk ke Sarawak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan