Search
Close this search box.
Edgard D Kagan melakukan kunjungan bertemu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Amerika Syarikat minat bekerjasama dengan Sarawak dalam sektor hidrogen hijau

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Amerika Syarikat (AS) menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam sektor pengeluaran tenaga hidrogen hijau yang sedang dipelopori oleh wilayah ini.

Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata, beliau melihat perkara itu dapat direalisasikan berikutan Sarawak mempunyai potensi besar dalam sektor berkenaan.

Jelas Kagan, pertemuan beliau dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini turut bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang dilakukan Sarawak terhadap tenaga bersih terutamanya hidrogen.

“Saya berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Sarawak adalah sangat mengagumkan dan saya fikir ada potensi untuk melakukan lebih banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Abang Johari Tun Openg, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Kagan, negaranya akan menyokong usaha Sarawak dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui yang bersih.

“Ini kerana Sarawak komited dan merupakan peneraju sebenar dalam sektor ini.

“Saya juga menyatakan kepada Premier Sarawak mengenai komitmen kami menyokong Sarawak mengukuhkan perlindungan alam sekitarnya,”  tambahnya.

Sarawak kini menjadi pelopor di Asia Tenggara dalam usaha menangani perubahan iklim global selaras dengan Perjanjian Paris 2015.

Abang Johari sebelum ini berkata, langkah berkenaan berjaya dilakukan menerusi pelan peralihan tenaga yang berani dan sistematik.

Sarawak juga bakal menjadi pengeluar utama tenaga hidrogen hijau di rantau ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan telah memulakan pembinaan dua loji hidrogen hijau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan