Search
Close this search box.
Esther meluah rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menunaikan hasrat terakhir mendiang Joanna ketika ditemui pemberita hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Mendiang Joanna inginkan lemang, rakan karib terkilan gagal penuhi pesan terakhir

ByKimberly Dickson

SERIAN, 26 April: Gagal memenuhi pesanan terakhir mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna untuk membawakannya lemang selepas pulang beraya membuatkan rakan karibnya, Laskar Kelas 1 JJM, Esther Adriana Juti terasa amat terkilan susulan Joanna terkorban dalam nahas helikopter pada Selasa lalu.

“Saya merasa sungguh terkilan kerana tidak sempat untuk menunaikan permintaan terakhir mendiang memesan lemang masa saya pulang beraya dengan suami.

“Sepanjang 6 tahun persahabatan kami, mendiang sering kali menemani saya sewaktu makan tengahari, dia akan ambil saya guna kereta dia,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Bahkan Esther memberitahu, dirinya turut tidak berkesempatan menunaikan hasrat mendiang kebelakangan ini yang sering mengajaknya untuk keluar selepas waktu bekerja bersama.

“Sebelum ini mendiang ada berkali-kali mempelawa saya keluar bersamanya tapi saya menolak kerana penat baru pulang kerja, saya mahu rehat,” luahnya dengan nada pilu.

Keakraban mereka berdua menurut Esther, dirinya sering bermalam di rumah mendiang ketika belum berkahwin serta sewaktu suami Joanna Bintara Muda TMK Haslie Anak Ali, 33, pergi berlayar.

“Saya selalu tidur di rumah mendiang jika suaminya pergi berlayar, sebab itulah saya akrab dengan anak- anaknya sehingga memanggil saya dengan panggilan Mama,” ujarnya.

Sementara, mengimbau kembali kenangannya bersama mendiang, Esther menyifatkan Joanna merupakan seorang rakan yang baik hati dengan semua kenalan serta jenis individu yang tidak menyimpan dendam.

“Kalau dia marah, dia akan marah waktu itu sahaja, dia tidak akan ungkit atau bercerita dengan orang lain, jelas Esther sambil menunjukkan gambar kenangan mereka,” jelasnya.

Esther dalam pada itu, turut berkongsi ketika tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa, beliau turut terlibat dalam raptai berkenaan namun bagi sesi berkawad.

Lebih menyayat hati kata Esther, mendiang Joanna telah mengirim gambar ‘selfie’ di atas helikopter terbabit kepadanya namun tidak  sempat mendengar balasan mesej rakaman suara Esther.

Esther memberitahu sejak hari kejadian, kedua anak mendiang iaitu Allesia Felice Haslie, 4, dan Hovannes Haslie, 1, telah dijaga olehnya bersama dua lagi rakan mereka sehingga hari ini. – TVS

Tags: joanna, tldm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan