Search
Close this search box.
Ular sawa yang ditangkap di premis Pejabat SESCO Limbang. Foto: BBP Limbang

Ular sawa batik seberat 25 kg melingkar di SESCO Limbang ditangkap

LIMBANG, 7 Mac: Kemunculan seekor ular sawa batik seberat 25 kilogram sepanjang 12 kaki yang melingkar di belakang pondok pengawal Pejabat Sarawak Energy (SESCO) Limbang mengejutkan pekerja di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 8.16 pagi, pekerja lelaki berkenaan menyedari kehadiran reptilia itu terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang.

Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang, Clarence D.Primus Tiandun berkata sebaik tiba di lokasi mendapati seekor ular jenis sawa berada di belakang pondok pengawal, bangunan Pejabat SESCO tersebut.

“Ular berkenaan ditangkap menggunakan peralatan khas iaitu penjerut ular sehingga berjaya lalu dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan.

“Operasi menangkap ular berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit dan setelah keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan