Search
Close this search box.
Tujuh laporan polis diterima berhubung satu hantaran di media sosial yang berunsur ugutan serta penghinaan terhadap Premier Sarawak.

Kenyataan berunsur ugut dan hina Premier Sarawak, seorang lelaki diberkas polis

BySaibi Gi

KUCHING, 19 April: Seorang lelaki ditangkap polis berhubung kes berunsur ugutan dan penghinaan terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata lelaki berumur 46 tahun itu bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Dato Mancha Ata. Foto fail TVS

“Polis Kontinjen Sarawak telah menerima tujuh laporan polis berhubung satu hantaran yang dimuat naik dalam media sosial yang berunsur ugutan serta penghinaan ke atas Premier Sarawak, Timbalan Premier dan Menteri Kerja Raya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Ia turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan