Search
Close this search box.
Reviving Relics bakal ditayangkan setiap Jumaat bermula 26 April ini pada jam 7:30 malam di saluran TVS 122 MYTV, Unifi Tv dan Astro.

‘Reviving Relics’, perjuangan pewaris seni khazanah yang hampir pupus

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 April: Dokumentari ‘Reviving Relics’ yang memaparkan perjuangan para pewaris dalam menghasilkan produk kraf menjadi seni khazanah yang hampir pupus pada era kontemperari ini.

Menurut pengarahnya Sydney Atin, dokumentari berkenaan mengangkat suara para pewaris selain memperkenalkan semula hasil seni tangan mereka.

“Apa yang saya inginkan melalui dokumentari ini, kisah mereka didengari oleh penonton walaupun dari sudut perspektif mereka tertumpu kepada khazanah tersebut, sekurang-kurangnya, kita boleh menghubungkan penonton dengan para pewaris kraf,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas tayangan eksklusif ‘Reviving Relics’ di Haus Kuching di sini, pada Jumaat.

Pada masa sama, tambahnya dokumentari itu juga bertujuan untuk memulihara seni kraf yang telah menjadi khazanah serta budaya masyarakat di negeri ini.

Sydney dalam pada itu berharap dokumentari itu akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan kepentingan menghargai para pewaris kraf yang hampir tiada pada dewasa ini.

Dari kiri: Ashweein Narayanan dan Sydney Atin selepas sidang media tayangan eksklusif Reviving Relics di sini, hari ini. Kredit: Izzah Kamilah (TVS)

Sementara itu, penerbit dan pengurus dokumentari, Ashweein Narayanan mendedahkan dokumentari itu diilhamkan dengan kajian mendalam terhadap perbezaan tradisi dan budaya.

“Saya memetik contoh siri yang kita tonton sebentar tadi, kegiatan memburu kepala jelasnya tidak lagi diamalkan pada masa kini yang dan kebanyakan daripada mereka menyedari aspek budaya yang mula terhakis.

“Tetapi apabila kita mencipta garis di antara agama dan budaya, anda boleh mendapat kedua-duanya sekali termasuk idea disebaliknya.

“Selain fokus dari khazanah, kami ingin cabaran yang dihadapi oleh pewaris harus diberikan tumpuan juga,” katanya.

‘Reviving Relics’ bakal ditayangkan setiap Jumaat bermula 26 April ini pada jam 7:30 malam di saluran TVS 122 MYTV, Unifi Tv dan Astro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan