Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri, dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berucap semasa Majlis Penutupan Program Bumi Bizfund 2024 di Kuching pada Jumaat. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

800 usahawan manfaat ‘Bumi Bizfund’ DCCI selepas pandemik

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 19 April: Seramai 800 usahawan daripada pelbagai sektor ekonomi di negeri ini telah memperoleh manfaat program Bumiputera Business Empowerment Fund (Bumi Bizfund) sejak 2022.

Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri, dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kejayaan program itu terlahir dengan  kerjasama strategik antara kementeriannya dengan Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI).

“DCCI memain peranan penting dalam memberi sokongan kepada ahlinya untuk membantu perniagaan mereka melalui dana ini.

“DCCI telah berjaya menjalankan program pembangunan kapasiti seperti Latihan Pengurusan Homestay, Latihan Pemasaran Digital, dan Latihan Fertigasi.

“Program ini telah memberi manfaat kepada 800 peserta di semua sektor ekonomi, khususnya di kalangan komuniti luar bandar,” tambahnya.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata demikian dalam ucapan yang dibaca oleh Timbalan Menteri MINTRED, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh pada Majlis Penutupan Bumi Bizfund 2024 di bangunan Dayak Chamber of Commerce & Industry di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk Bumi Bizfund pada Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri Sarawak 2022 pada 21 Oktober 2021.

Geran itu bertujuan untuk membantu persatuan perniagaan Bumiputera yang terkesan selepas pandemik Covid-19 menerusi program penambahbaikan perniagaan, selain membantu penubuhan ‘startup’ baharu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan