Search
Close this search box.
Seorang lelaki Sindrom Down cedera selepas disimbah air panas oleh sorang wanita semasa berada di dalam lif sebuah apartmen di Jalan Rajawali, Bayan Lepas di sini hari ini. Foto PDRM

Lelaki Sindrom Down melecur, disimbah jiran dengan air panas

ByTVS

BALIK PULAU, 19 April: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didapati melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah air panas  oleh jirannya di dalam lif di kediamannya pada pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berusia 33 tahun itu  pulang ke rumahnya di tingkat 16.

Menurutnya kejadian berlaku semasa mangsa dan suspek hanya berada berdua di dalam lif tersebut.

“Mangsa memaklumkan kepada adik perempuannya berusia 23 tahun bahawa dia disimbah asid oleh suspek hingga melecur pada badan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk terima rawatan, namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa melecur pada sebahgian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, mangsa yang boleh bertutur dengan baik itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

“Suspek wanita juga telah dikenal pasti iaitu jiran mangsa.

“Punca kejadian tidak dapat dipastikan kerana mangsa tidak pernah bertegur dengan suspek tidak pernah ada selisih faham,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, insiden itu tular di media sosial selepas rakaman dipercayai daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian berkenaan dikongsi pengguna.

Ia memaparkan seorang wanita membuka botol air semasa di dalam lif sebelum menyimbah badan mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan