Search
Close this search box.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Abdul Rahman (duduk) menandatangani Buku Pelawat di Markas Taktikal Balai Ringin, semalam. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Tiga pos kawalan sempadan baharu dibina di Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

BALAI RINGIN, 4 April: Sebanyak tiga pos kawalan sempadan baharu sedang dibina di Sarawak bagi memperkukuh keselamatan di sempadan negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Abdul Rahman berkata, pos tersebut ialah Pos Rapak Baru di Sri Aman, Pos Tetangga Akrab di Serian dan Pos Mengkalap di Limbang.

“Ada dua lagi pos kawalan sempadan akan dibina tahun hadapan. Kita akan buat secara berperingkat,” katanya kepada media ketika lawatan sulungnya selepas mengambil alih jawatan Panglima Tentera Darat ke-29 pada 23 Mac lalu, ke Markas Taktikal Balai Ringin di sini, semalam.

Setakat ini terdapat sebanyak 17 pos kawalan sempadan secara keseluruhannya di Malaysia termasuk di Sarawak dan Sabah.

Terdahulu, beliau telah merasmikan pos imbangan baharu iaitu Pos Batu Kaya di Lubok Antu yang telah siap sepenuhnya pada 31 Julai 2022.

Ujarnya, Lubok Antu sudah mempunyai pos kawalan sempadan sebelum ini, namun jaraknya agak jauh daripada sempadan iaitu lebih kurang lima ke tujuh kilometer.

“Kita sudah ada pos sedia ada di Lubok Antu tetapi pos baharu ini lebih dekat dengan sempadan. Kalau Pos Lubok Antu yang sekarang ini adalah dalam lima ke tujuh kilometer daripada sempadan.

“Pos Batu Kaya ini yang paling dekat dengan sempadan dan tidak jauh daripada Imigresen kita,” jelasnya.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sokongan yang diberikan kepada pasukan tentera dalam apa jua usaha yang mereka laksanakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan