Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto Bernama.

Abang Johari cadang nama Pengarah J-KOM Sarawak – Fahmi Fadzil

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 9 April : Perlantikan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak akan dibuat selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ini bermaksud pihaknya akan menerima nama yang dipilih oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Tanya Sarawak dahulu sebelum lantik Pengarah JKOM di sini – Abdul Karim
  2. 2. Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-Kom Sarawak awal minggu depan – Abdullah

“Saya difahamkan yang Abang Johari telah mencadangkan nama (Pengarah J-KOM Sarawak),” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Ketua PKR Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari yang dilantik ke jawatan berkenaan.

Susulan itu, pemimpin kerajaan negeri meluahkan rasa kurang sedang dengan perkembangan itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan pusat perlu lebih sensitif berhubung perkara itu walaupun mempunyai kuasa berbuat demikian.

Berhubung berita perlantikan Ahmad Nazib, Ahmad Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, perkara itu tidak benar malah beliau telah dimaklumkan oleh JKOM mengenai perkara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan