Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir Program Juh Sungkei di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tanya Sarawak dahulu sebelum lantik Pengarah J-KOM di sini – Abdul Karim

KUCHING, 9 April: Kerajaan Persekutuan perlu berbincang dengan Kerajaan Sarawak sebelum melantik Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di sini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan pusat juga perlu lebih sensitif berhubung perkara itu.

Baca artikel berkaitan: 

  1. 1. Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-KOM Sarawak awal minggu depan – Abdullah
  2. 2. Abang Johari cadang nama Pengarah J-KOM Sarawak – Fahmi Fadzil

Kata beliau, meskipun Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk melantik namun pendirian Kerajaan Sarawak tidak harus diabaikan.

“Saya baharu sahaja mengetahui perkara ini menerusi media sosial bahawa seseorang yang tidak bersama kita telah dilantik sebagai Pengarah J-KOM Sarawak.

“J-KOM merupakan unit di bawah Kerajaan Pusat, perlu sensitif, kalau mahu berkawan dengan kita, tanya dahulu siapa yang patut dilantik,” katanya ketika hadir Program Juh Sungkei di Padang Merdeka, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Ketua Cabang PKR Santubong, Ahmad Nazib Johari sebagai Pengarah J-KOM Sarawak.

Abdul Karim turut mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan melantik Ahmad Nazib untuk mengetuai jabatan tersebut di Sarawak.

Pada masa sama, Abdul Karim berkata, beliau berasa ‘pelik’ kerana Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  baru – baru ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg namun muncul pula isu ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menerusi laporan media menafikan Ahmad Nazib dilantik ke jawatan berkenaan.

“Tidak benar, J-KOM telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau (Ahmad Nazib) bukan Pengarah J-KOM Sarawak,” katanya.

Kata Fahmi, jawatan itu akan diisi oleh calon yang dicadangkan oleh Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan