Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada Pengerusi KRT Kampung Pujut Tanjung Batu Ishak Baijuri. Foto: TVS

KRT semai semangat kejiranan

MIRI, 17 April: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan penting menyemai semangat kejiranan dalam kalangan penduduk kampung.

Untuk itu, pihak KRT perlu sentiasa mengadakan aktiviti dengan penduduk supaya setiap pihak dapat mengambil bahagian bersama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

“Saya berharap KRT bergiat aktif mempertingkatkan semangat dan peranan dalam kampung. Salah satu fungsi KRT ialah untuk menyemai semangat kejiranan. Itu tugas yang penting. Jadi kita mesti adakan aktiviti supaya semua pihak dapat ambil bahagian bersama,” katanya.

Dato Sri Lee Kim Shin sesi bergambar dengan KRT Kampung Pujut Tanjung Batu dan penerima. Foto: TVS

Beliau berkata demikian semasa Program Gerak Rahmah: KRT Sejahtera Untaian Kasih Ramadan 1444H/2023 di Pusat SRS, KRT Kampung Pujut Tanjung Batu di sini, semalam.

Tambah Kim Shin, program tahunan KRT Kampung Pujut Tanjung Batu yang diadakan untuk penduduk kampung itu merupakan satu contoh usaha yang baik bagi membantu mereka yang memerlukan supaya dapat meraikan Ramadan dan Syawal bersama.

“Kita beri bantuan kepada keluarga di kampung di sini juga. Ini adalah satu usaha yang baik iaitu setiap tahun semasa tibanya bulan Ramadan dan hari Raya, KRT di kampung ini sudah tiap-tiap tahun menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan bantuan. Inilah yang menjadi satu aktiviti tahunan KRT di sini. Ini adalah satu KRT yang aktif dan banyak menjalankan aktiviti,” tambah beliau lagi.

Turut diadakan pada majlis itu ialah sumbangan bantuan berbentuk makanan diberikan kepada 10 ibu tunggal yang dipilih dan pada yang sama, sumbangan sebanyak RM5,000 diberikan kepada pihak KRT Kampung Pujut Tanjung Batu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan