Search
Close this search box.
Keempat - empat jenazah askar Indonesia dibawa ke Pangkalan Udara Halim Perdana Kusuma di sini untuk majlis penghormatan terakhir sebelum dibawa ke rumah keluarga masing - masing. Foto,TNI.

Empat askar Indonesia ditemukan mati di Papua

ByTVS

JAKARTA, 20 April: Empat anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang dilaporkan hilang minggu lalu selepas diserang kumpulan pengganas Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TNPB) ditemukan meninggal dunia.

Baca artikel berkaitan >>>>> Indonesia mulakan serangan ketenteraan terhadap pemisah di Papua

Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Laksamana Yudo Margono berkata, mayat kesemua mereka ditemukan dalam keadaan cedera parah dipercayai akibat ditembak.

Katanya, mereka merupakan antara 36 askar yang menyertai operasi menyelamat juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, yang menjadi tebusan kumpulan itu di Kabupaten Nduga, Papua.

“Pencarian akhirnya berjaya, operasi ketenteraan dilanjutkan dan setakat ini kita tingkatkan mod amaran pertempuran,” katanya selepas menerima ketibaan jenazah hari ini.

Sehubungan itu, Yudo mengarahkan TNI bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap serangan kumpulan itu.

Keempat – empat jenazah askar itu dibawa ke Pangkalan Udara Halim Perdana Kusuma di sini untuk majlis penghormatan terakhir sebelum dibawa ke rumah keluarga masing – masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan