Search
Close this search box.
Safiee menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil penerima. Foto: UKAS

Pertubuhan komuniti perlu lebih proaktif – Safiee

MUKAH, 7 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menghulurkan sumbangan RM12,000 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Itol.

Penyerahan sumbangan disampaikan beliau semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di kampung itu, petang semalam.

Safiee memotong kek simbolik perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Itol, pada Sabtu. Foto: UKAS

Daripada jumlah itu, JKKK Itol menerima sumbangan sebanyak RM8,000 manakala KRT pula RM4,000.

“Peruntukan yang disalurkan merupakan salah satu bukti komitmen kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat melalui aktiviti yang dijalankan di peringkat komuniti.

“Saya berharap dana itu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan penganjuran aktiviti di kawasan masing-masing,” katanya.

Kehadiran Safiee menyerikan sambutan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Itol. Foto: UKAS

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan mengiktiraf peranan pertubuhan dengan melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memperkasakan peranan mereka.

Bagaimanapun katanya, mereka perlu lebih proaktif bagi membantu kerajaan dalam usaha mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

“Peruntukan ini adalah untuk kegunaan aktiviti dan program tahunan mereka. Saya berharap ia akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan RM4,000 masing-masing kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Makmur dan Kampung Itol bagi menjalankan aktiviti pengimarahan surau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan