Search
Close this search box.
Allan Siden Gramong dan Dato Sri Gramong Juna mengadakan lawatan ke pejabat TVS di Kuching, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Peruntukan tahunan RM500,000 untuk JKKK Kebajikan Kaum Cina Machan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 2 Mei: Peruntukan tahunan berjumlah RM500,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kebajikan Kaum Cina N50 Machan bagi membantu komuniti Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong berkata dana tersebut adalah sebahagian daripada dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“JKKK ini tampil dengan pendekatan sendiri untuk bekerja tanpa gaji dan secara sukarela. Mereka akan lihat keadaan rumah terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja-kerja baik pulih.

“Peruntukan saya salurkan kepada JKKK untuk baik pulih rumah. Sekiranya dapat dibaik pulih, maka kita lakukan namun sekiranya tidak, kita akan cuba bantu dengan geran atau projek lain daripada kerajaan negeri,” katanya ketika mengadakan lawatan ke pejabat TVS di sini, hari ini.

Sementara itu Pengerusi JKKK Kebajikan Kaum Cina N50 Machan, Pemanca Leong Khing Hee berkata dengan perunukan tetap daripada ADUN Machan, jawatankuasa tersebut berjaya membaik pulih 38 rumah komuniti Cina sejak 2022.

Jawatankuasa tersebut juga telah mengenal pasti lebih 60 rumah usang yang diduduki keluarga Cina untuk dibaik pulih.

“Sudah lebih dua tahun kita usahakan dan sekarang Yang Berhormat ADUN masih menyalurkan peruntukan untuk kita, jadi kita teruskan kerja-kerja tersebut,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu bahawa Allan menyalurkan peruntukan dua kali setahun dan dengan peruntukan itu, jawatankuasa tersebut dapat terus menjaga kebajikan komuniti Cina di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, kerja-kerja membantu keluarga daif membaik pulih rumah usang dan jalan raya akan diteruskan kerana masih ramai komuniti Cina di kawasan tersebut yang memerlukan bantuan.

“Perancangan masa depan kami adalah mencuba dengan sedaya upaya untuk membantu kebajikan komuniti Cina di kawasan tersebut, khususnya kepada keluarga Cina yang miskin tegar.

“Kita akan terus berbincang dengan Yang Berhormat Allan dan Dato Sri Gramong Juna. Mereka akan memberi peruntukan, jadi kita akan bertungkus lumus bekerja,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan