Search
Close this search box.
Allan Siden Gramong berkata pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama rakyat di kawasan DUN Machan. Foto TVS

Pusat Pengumpulan Produk Pertanian diperlukan di Machan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 2 Mei: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan memerlukan sebuah Pusat Pengumpulan Produk Pertanian (APCC) bagi mengendalikan produk-produk pertanian yang diusahakan penduduk setempat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong, pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama rakyat di kawasan tersebut tetapi mereka tidak mempunyai pengurusan teratur yang boleh membantu mengurus dan memasarkan produk mereka.

Bercakap selepas mengadakan kunjungan hormat di pejabat TVS hari ini, Allan memberitahu pihaknya sebelum ini sudah pun membuat permohonan dan menerima maklum balas positif daripada pihak berkaitan.

Bagaimanapun status terkini mengenai pusat tersebut hanya akan diketahui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bermula pada minggu hadapan.

“Saya telah pun membuat permohonan tetapi saya kira ia masih di peringkat rekaan. Tetapi kita perlukan pusat tersebut dalam kadar segera.

“Di Kanowit, kami ada pasar tamu dan ramai yang membeli produk tanaman tersebut pada sebelah pagi,” ujarnya.

Tambahnya perkara tersebut merupakan maklum balas daripada rakyat setempat yang mengusahakan produk pertanian terutamanya golongan berusia 50 tahun ke atas yang mahu menjana pendapatan sendiri.

Justeru, beliau berpendapat kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah APCC di Kanowit bagi tujuan mengendali produk pertanian di situ.

Menyentuh mengenai persiapan beliau untuk Persidangan DUN yang akan datang, Allan berkata selain APCC, beliau akan turut membangkitkan isu infrastruktur di kawasan DUN Machan termasuk bekalan air dan elektrik, akses jalan raya dan telekomunikasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan