Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di Hotel Raia. Foto TVS

Sarawak mampu keluarkan padi lima musim dalam dua tahun – Abang Johari

KUCHING, 15 April: Sarawak diramal berupaya mengeluarkan padi untuk lima musim dalam tempoh 24 bulan menerusi kajian produktiviti yang dilakukan dengan kerjasama kepakaran daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kampung Lubok Punggor, Gedong.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi kajian itu, Sarawak akan mampu mengeluarkan hasil sebanyak lapan tan metrik untuk kawasan berkeluasan satu hektar berbanding 1.2 tan metrik sebelum ini.

Katanya, kejayaan kajian itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan selaras dengan usaha kerajaan yang mahu mengekalkan kadar keterjaminan dan keselamatan sumber makanan negara.

“Kalau kita rancang dengan baik dan betul bagi kawasan penanaman padi di Kampung Kampung Lubok Punggor, Simunjan, Tanjung Purut dan di Stumbin Sri Aman, ia setidak-tidaknya kita dapat mengeluarkan 60 peratus hasil padi dan beras berbanding 30 peratus ketika ini.

“Jika jumlah ini ditambah pula dengan pengeluaran hasil daripada lembah Limbang dan Lawas serta beberapa kawasan kita di Saribas berkemungkinan besar Sarawak akan menjadi pengeluar utama padi dan beras di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di Hotel Raia di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, usaha itu akan memberikan limpahan kepada pendapatan petani yang ketika ini pendapatan mereka kurang daripada RM6,000 sebulan untuk sehektar kawasan tanaman padi.

“Menerusi kajian terbabit, petani berupaya menjana pendapatan sehingga mencecah RM6,000 sebulan bagi sehektar kawasan tanaman padi tersebut.

“Perubahan ini seterusnya akan membantu mengubah taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan khususnya golongan pertani,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, untuk mencapai hasrat tersebut, golongan pertani perlu berubah daripada penggunaan kaedah pertanian tradisional kepada kaedah pertanian moden dengan penggunaan jentera, selain memiliki sistem pengairan serta saliran yang teratur dan sistematik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan