Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (dua kiri) pada Hari Intergriti Jabatan Pertanian Sarawak di Kuching, hari ini. Foto TVS

Meningkatkan produktiviti pertanian dengan penggunaan teknologi moden

KUCHING, 2 Mei: Penerapan teknologi moden dalam bidang pertanian penting untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurutnya, penggunaan teknologi terbaharu di dalam konteks pertanian moden boleh dilaksanakan dengan efisyen dan bersistematik menerusi kolaborasi bersama syarikat-syarikat lain.

Melalui kolaborasi tersebut petani boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna termasuk pasaran, jumlah permintaan dan penghasilan produk berdasarkan trend pengguna semasa.

“Kalau boleh petani kecil harus ada kerjasama dengan pihak pertanian lain agar kita boleh buat seperti taman pertanian.

“Saya fikir kita boleh capai pendapatan RM6,000 sebulan untuk seisi keluarga petani menjelang tahun 2030 cuma sekarang kita tukar cara dengan menggunakan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Hari Intergriti Jabatan Pertanian Sarawak di sini, hari ini.

Dr Rundi dalam pada itu turut menyeru petani Sarawak untuk berdaftar dengan sistem e-petani bagi membolehkan Jabatan Pertanian Sarawak menyalurkan bantuan mengikut keperluan masing-masing.

Platform tersebut diwujudkan bertujuan untuk memudahkan penyaluran bantuan secara bersasar mengikut jenis tanaman yang diusahakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan