Sze Fei-Nur Izzuddin bawa Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas selepas lapan tahun

CHENGDU (China) 2 Mei: Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas lapan tahun apabila menyingkirkan bekas juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech Chengdu di sini hari ini.

Sarawak bakal memiliki Pusat Seni Persembahan bertaraf antarabangsa

KUCHING, 2 Mei: Dalam memartabatkan industri seni persembahan ke peringkat yang lebih tinggi, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lama akan dinaik taraf menjadi Pusat Seni Persembahan Sarawak dengan kos RM260 juta.

Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini – MOT

PUTRAJAYA, 2 Mei: Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) disambung semula, bermula hari ini.

Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu – Sarjit

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Sarjit Singh menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah di Ipoh , Perak mulai Sabtu ini hingga 11 Mei.