Search
Close this search box.
Datuk Mutang Tagal mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya Keenam di Baku, Azerbaijan.

Mutang dan Gafarova bincang usaha perkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan

ByRegina Lee

KUCHING, 2 Mei: Kunjungan hormat Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal ke atas Speaker Majlis Milli Azerbaijan, Sahiba Gafarova menyaksikan komitmen Malaysia dalam mempertingkatkan lagi kerjasama bilateral yang lebih dalam di pelbagai sektor.

Menurut kenyataan media oleh Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan, perdagangan dan pelaburan.

“Menerusi kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak berbincang meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan dan Datuk Mutang Tagal mencadangkan peningkatan jumlah pelajar Azerbaijan yang belajar di Malaysia.

“Speaker Sahiba Gafarova bersetuju untuk menggalakkan inisiatif ini dan akan mencadangkan perbincangan ini dilanjutkan oleh Menteri Pendidikan Azerbaijan.

“Dari segi kerjasama ekonomi, beliau turut menjemput Azerbaijan untuk meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan di Malaysia, terutamanya dalam sektor tenaga boleh baharu,” katanya.

Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Azerbaijan, yang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya Keenam yang sedang berlangsung di Baku, dari 1 hingga 3 Mei.

Mutang juga meminta kerjasama Gafarova membantu dari aspek logistik dan pergerakan delegasi Malaysia yang akan mengambil bahagian dalam persidangan COP29 yang akan diadakan di Azerbaijan selaku tuan rumah pada tahun ini.

Dalam pada itu, Sahiba menekankan kepentingan ‘Parliamentary Network’ yang ditubuhkan di bawah ‘Non Aligned Movement’ (NAM) yakni Azerabaijan adalah Pengerusi selama empat tahun (2019-2022).

Ujarnya, Azerbaijan menghargai penglibatan Parlimen Malaysia dalam rangkaian ini dan menjemput Parlimen Malaysia untuk menhadiri dan menyertai secara aktif ‘4th Conference of Non-Aligned Movement Parliamentary Network’ pada tahun 2025.

“Azerbaijan menzahirkan penghargaan terhadap penyertaan aktif Malaysia dalam forum tersebut dan menekankan kepentingan memelihara hubungan erat melalui Kumpulan Persahabatan Parlimen yang telah ditubuhkan antara kedua-dua negara.

Sehubungan itu, beliau menjemput Gafarova sebagai lawatan balas ke Malaysia bagi meningkatkan lagi pemahaman dan kerjasama bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan