Search
Close this search box.
Pasukan Teknologi Maklumat (IT) Lembaga Tabung Haji komited menyediakan perkhidmatan terbaik kepada 31,600 jemaah haji Malaysia pada tahun ini.Foto, Zen Hashim (TVS).

Pasukan IT bantu tingkat kelancaran operasi haji

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 13 Mei: Pasukan Teknologi Maklumat (IT) Lembaga Tabung Haji (TH) komited menyediakan perkhidmatan terbaik bagi menampung akses 31,600 jemaah haji Malaysia pada operasi haji 1445H/2024M.

Pengarah Operasi Teknologi Maklumat TH, Ashraf Ahmad berkata, skop tugasan pasukannya termasuk memastikan keperluan infrastruktur seperti talian, peralatan komputer dan sistem berjalan lancar.

“IT diperlukan untuk melancarkan pelbagai sistem yang digunakan pada operasi musim haji seperti sistem Hajj Mobility, SIHAT, THiJARI dan juga sistem induk.

“Kita juga perlu menyediakan rangkaian kepada jemaah untuk menggunakan akses kepada sistem ini di kesemua 12 hotel penginapan di Makkah dan tiga hotel di Madinah,” katanya pada sidang media di Pejabat Operasi Teknologi Maklumat di sini, hari ini.

Tambah Ashraf, pada musim haji tahun ini seramai 20 petugas telah diterbangkan dari Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan tersebut.

“Kita mula menyediakan rangkaian ini pada 2 Mei selepas dua hari pasukan tiba di Tanah Suci,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan terdapat dua penambahbaikan dilakukan pada tahun ini bagi membolehkan jemaah dapat melaksanakan Rukun Islam kelima itu dengan lebih selesa.

“Antaranya satu sistem penginapan di Masyair di mana kita meletakkan setiap keluarga dalam khemah sama mengikut gender.

“Yang kedua pula kita menggunakan ‘content delivery network’ iaitu salah satu daripada sistem cloud teknologi untuk mempercepatkan akses kepada rangkaian sistem SIHAT, Hajj Mobility dan THiJARI,” tambah beliau. -TVS.

Luqman Muhammad melaporkan dari Makkah, Arab Saudi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan