Search
Close this search box.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu. Foto AFP

Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Mei: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata rejim Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kegagalan untuk menyediakan laluan selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ini jelas menunjukkan rejim itu tidak peduli apabila penerokanya melakukan tindakan keganasan,” kata Wisma Putra.

Ia berkata masyarakat antarabangsa mempuyai tanggungjawab bersama untuk memastikan perlindungan orang awam dan memaksa Israel supaya segera menamatkan pendudukan haram dan keganasan terhadap warga Palestin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan