Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee dan rombongan mengadakan lawatan ke tapak projek. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak bina bangunan sekolah baharu lebih selesa dan moden di Penasu Daro

SIBU, 10 Jun: Kerajaan Sarawak membina sekolah moden dan selesa bagi menggantikan bangunan lama Sekolah Kebangsaan (SK) Penasu yang terjejas akibat masalah hakisan.

SK Batang Lassa yang turut mengalami masalah yang sama juga bakal berpindah ke lokasi baharu yang sudah dikenal pasti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, pembinaan sekolah baharu itu merupakan projek rakyat Premier Sarawak yang keseluruhannya bernilai RM45 juta.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee dan rombongan mengadakan lawatan ke tapak projek. Foto: TVS

“Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri ini bakal memberi impak besar khususnya kepada warga pendidik dan generasi muda di kawasan Penasu,” katanya ketika ditemui media selepas mengiringi lawatan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee ke tapak projek itu, baru-baru ini.

Safiee berkata, bangunan baharu SK Penasu itu bukan sahaja dilengkapi bilik darjah yang lebih selesa tetapi juga perpustakaan, makmal, bilik pentadbiran, surau dan lain-lain lagi.

Malah katanya, sekolah itu juga mempunyai blok prasekolah, dua blok asrama lelaki dan perempuan, dewan makan dan blok kuaters selain unit 12 unit rumah untuk kakitangan yang bertugas.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee dan ADUN Daro, Safiee Ahmad mendengar taklimat berkaitan projek. Foto: TVS

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan Sarawak juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan prasarana lain seperti padang sukan.

Ujarnya, ia juga merupakan salah satu bukti keprihatian kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan generasi muda luar bandar.

“Dengan siapnya pembinaan sekolah ini nanti, ia bakal menjadi ikon bagi kawasan luar bandar, kita cuba mengubah minda masyarakat khususnya di luar bandar, sekolah yang elit, cantik atau baik tidak cuma di bandar.

“Tetapi, kita di luar bandar juga mampu memilikinya dengan bantuan dana Kerajaan Negeri,” katanya.

Safiee juga optimis usaha itu bakal melonjakkan lagi usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan khususnya di Sarawak.

Projek dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan