Search
Close this search box.
Surau baharu yang terletak di Jalan Drahman Kria, Sarikei. Foto: TVS.

Maal Hijrah lebih makna, surau di Kampung Dibah Sarikei siap dibina – Len Talif

SARIKEI, 19 Julai: Sambutan Maal Hijrah kali ini lebih bermakna bagi penduduk Kampung Dibah Sarikei setelah siapnya surau baharu untuk mereka menjalankan ibadah dan aktiviti keagamaan di sini.

Pembinaan surau yang berwajah moden di tebingan Sungai Rajang itu telah dilaksanakan dengan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kuala Rajang berjumlah RM500,000.

Penyerahan surau baharu kepada Ketua Kaum Sehon Ujang sambil diperhatikan yang lain. Foto: TVS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek berkenaan mula dilaksanakan pada 8 Disember 2022 dan siap sepenuhnya 7 jun lepas.

Menurutnya surau yang terletak di Jalan Drahman Kria itu bukan sekadar rumah ibadat sebaliknya menjadi lokasi penting untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Malah ujarnya, kewujudan surau baharu merupakan salah satu lagi usaha kerajaan dalam menambahkan kemudahan untuk faedah rakyat khususnya masyarakat Islam di Sarikei.

Sementara itu, Ketua Kaum Sehon Ujang mengakui surau baharu itu Amat bermanfaat kepada masyarakat Islam di Jalan Drahman Kria, Jalan Abdul Rahman, Jalan Apong dan Jalan Pengiran Kadir.

Beliau menambah dengan adanya kemudahan itu, kariah setempat bukan sahaja dapat beribadah dengan lebih selesa tetapi juga boleh menganjurkan aktiviti keagamaan dengan lebih sempurna.

“Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada kepada Kerajaan Sarawak kerana meluluskan peruntukan untuk pembinaan surau yang baru ini. Yang pasti usaha ini sangat menggembirakan kami,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan