Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Rahman Hamzah pada sidang media sempena pelancaran Kuching Marathon 2023 di pejabatnya. Foto: TVS

Sokong hasrat ‘kilat boy’ bertanding di Dubai – Abdul Karim

ByTVS

KUCHING, 28 Ogos: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak menyokong impian petinju handalan, Daeloniel McDelon untuk bertanding pada kejohanan tinju di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober ini.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sekiranya kejohanan di Dubai itu berprestij, pihaknya tidak keberatan untuk mengeluarkan dana diperlukan petinju yang dikenali dengan gelaran ‘kilat boy’ itu.

Kilat Boy juarai Terbuka Sarawak 2023, sasar bertarung di Dubai

“Kita sentiasa menyokong jika melibatkan anak Sarawak yang mahu mengangkat nama baik negeri tanpa mengira jenis sukan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian sebagai mengulas hasrat atlet berusia 24 tahun itu selepas muncul juara super featherweight kategori 57 kilogram (kg) Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023 di Stadium Tertutup Sri Aman kelmarin.

Susulan kejayaan itu, Daeloniel layak untuk beraksi pada pertandingan kelolaan Persekutuan Tinju Asia (ABF) yang menawarkan mata ranking.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, berdasarkan amalan, persatuan sukan serta jurulatih akan membuat permohonan kepada kementerian beliau sebelum menghantar atlet Sarawak menyertai kejohanan di luar negara.

Sementara itu mengulas mengenai prestasi tinju Sarawak, Abdul Karim berkata, pencapaian yang diraih atlet Sarawak membuktikan keberkesanan program latihan sukan tinju.

“Selain itu tinju juga mempunyai pengurusan baik oleh persatuannya sehingga mampu melahirkan petinju berkualiti dalam setiap kategori termasuk heavyweight,” katanya.

Daeloniel yang beraksi pada Sukan SEA Kemboja Mei lepas menumbangkan lawannya Oky Akhbar dari Indonesia selepas pertarungan sengit enam pusingan perlawanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan