Search
Close this search box.
Mayat kanak-kanak warga Indonesia ditemui selepas kenderaan pacuan emoat roda ditarik keluar dari danau. Foto: BBP Tatau

Tiga maut pacuan empat roda terjunam ke dalam danau di Selangau

MUKAH, 19 Okt: Tiga termasuk seorang kanak-kanak warga Indonesia maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas ke dalam danau di Kilometer (KM) 22, Jalan Kem Balak Pelugau, Selangau, di sini pagi tadi.

Dua mangsa yang merupakan mekanik di syarikat pembalakan dikenali sebagai Robin Kehing, 34, dan Dominic Serang, 33.

Polis mengesahkan identiti kanak – kanak berusia enam tahun itu sebagai Hidyaat yang merupakan anak rakan sekerja mangsa.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, kesemua mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati nahas kira – kira pukul 11 pagi itu berlaku apabila kenderaan dari arah Rumah Panjang Osey menuju ke Kem Balak Pelugau itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam danau yang dipenuhi air,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Muhamad Rizal, pacuan empat roda itu berjaya ditarik ke darat dengan menggunakan jengkaut syarikat pembalakan.

“Mayat pertama yang dijumpai merupakan seorang kanak-kanak yang masih berada di dalam kenderaan.

“Mayat kedua ditemukan pada 3.30 petang dan mayat terakhir ditemui sejam kemudian,” katanya.

Beliau memberitahu, pperasi pencarian turut dibantu pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau yang melakukan pencarian di dasar danau.

Muhamad Rizal berkata, ketika kejadian, keadaan jalan berselekoh di tempat kejadian licin akibat hujan.

“Kesemua mayat dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan