Search
Close this search box.
Sebahagian kru bot nelayan warga Indonesia yang ditahan di dalam kawasan perairan negara di kedudukan 42 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat George Town, semalam. Foto APMM

16 nelayan negara jiran ditahan ceroboh perairan negara dengan tiga bot

GEORGE TOWN, 20 Okt: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 16 nelayan negara jiran selepas dipercayai menceroboh sempadan negara dengan tiga bot nelayan di perairan negeri ini semalam dan 18 Oktober lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, menerusi operasi semalam, Kapal Maritim (KM) Burau telah mengesan dua bot nelayan asing Indonesia di kedudukan 42 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot pertama mendapati lima kru termasuk tekong warga Indonesia berumur lingkungan 18 hingga 60 tahun berada di atas bot.

“Manakala di bot kedua, terdapat enam orang termasuk tekong warga Indonesia berumur antara 27 hingga 41 tahun di posisi yang sama.

“Selain itu, pada 18 Oktober, lima kru warga Indonesia ditahan dengan sebuah bot di kedudukan 42 batu nautika barat Pulau Kendi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, siasatan lanjut mendapati kesemua kru terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan.

“Kesemua 16 orang kru berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat malam tadi untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit yang sah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan