Search
Close this search box.
Dua individu yang ditahan berserta dengan barang rampasan. Foto: Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen)

Cubaan seludup 200 tong gas berhampiran Serikin ke Indonesia dipatahkan ATM

ByNadhir Azfar

KUCHING, 25 Okt: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menumpaskan cubaan menyeludup sebanyak 200 buah tong gas ke Indonesia petang tadi.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) memaklumkan, dalam kejadian 6 petang itu, sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang melaksanakan Operasi Awas/Keris Parang mengesan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda memalui laluan tidak sah di Ladang Empaling Stass, Serikin.

Kawasan itu terletak kira – kira 600 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki warga tempatan berusia 23 dan 36 tahun itu dipercayai cuba menyeludup tong gas ke Indonesia.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM 141,700 melibatkan sebuah lori seberat 2.5 tan, kenderaan pacuan empat roda, 200 buah tong gas serta wang tunai,” jelas markas berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Kesemua yang ditahan bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada polis dan laporan dibuat di Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan