Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas pengumuman rasmi keputusan PRK DUN Jepak di Bintulu, malam ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Kemenangan besar bukti rakyat terima dasar kerajaan GPS – Abang Johari

JEPAK, 4 Nov: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak membuktikan majoriti pengundi di kawasan berkenaan menerima dasar dan rancangan Kerajaan Sarawak.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penghargaan kepada keempat-empat parti komponen dalam GPS yang telah bertungkus lumus menerangkan dasar Kerajaan Sarawak sepanjang 14 hari tempoh berkempen.

“Apa yang kita lihat pada hari ini, majoriti kita bertambah dan kita lihat undi yang diperoleh oleh parti lawan. Ini adalah satu mesej yang jelas iaitu demokrasi ini bukan sekadar berlawan antara satu sama lain.

“GPS akan terus berusaha untuk membangunkan Sarawak,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di Dewan Suarah Bintulu, malam.

PRK Jepak menyaksikan calon GPS, Iskandar Turkee menang dengan majoriti 8,784 undi.

Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Iskandar memperoleh 9,638 undi, Stevenson 854 undi dan Chieng 431 undi.

Mengenai peratusan keluar mengundi rendah, Abang Johari berkata pihaknya sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku disebabkan beberapa faktor, namun tetap berpuas hati apabila memenangi kesemua saluran.

“Kebiasaanya peratusan keluar mengundi pada PRK tidak seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana ramai pengundi bekerja di luar dan golongan muda rata-rata di universiti.

“Kita sasar 50 peratus keluar mengundi, tetapi hari ini 48.57 peratus hampir dengan 50 peratus.

“Tetapi yang penting GPS mendapat sokongan yang tinggi dalam PRK kali ini. Kita sudah menjangka majoriti seperti ini. Kalau peratusan keluar mengundi tinggi, mungkin lebih tinggi lagi majoriti kita,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan