Search
Close this search box.
Royston ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto: TVS

DUN: Sasar ‘Tellian All Access 2030’

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 24 Nov: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian disasarkan menjadi ‘Tellian All Access 2030’ yang mana seluruh kawasan DUN tersebut akan dihubungkan menerusi jaringan jalan raya, rangkaian telekomunikasi serta bekalan elektrik dan air terawat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, kemajuan pembangunan di DUN Tellian melambangkan tahap kemajuan Bahagian Mukah dalam konteks yang lebih besar.

“Meminjam rangka ungkapan sahabat saya Katibas, ‘enti Tellian enda mansang, Sarawak enda mansang’.

“Ini bermaksud kemajuan setiap kawasan DUN yang ada melambangkan sepenuhnya kemajuan Sarawak secara keseluruhan,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 pada Persidangan DUN Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, perkara itu menjadi matlamatnya memandangkan kawasan DUN tersebut terletak di pusat pentadbiran Bahagian Mukah yang merangkumi 14 buah kampung yang majoriti penduduknya berbangsa Melanau, termasuk dua perkampungan yang penduduknya berbangsa Tiong Hua.

“Sebahagian lagi adalah meliputi penempatan di sepanjang Batang Mukah dan Ulu Batang Oya, Dalat yang keseluruhan kawasannya didiami penduduk berbangsa Iban.

“Dengan itu, saya melihat keperluan utama adalah untuk membangunkan kawasan pedalaman Tellian serentak dengan pembangunan konsisten di kawasan bandar Mukah,” ujar beliau.

Beliau komited memfokuskan perkara berkaitan kawasan DUN Tellian yang amat perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan