Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto TVS

DUN Sarawak: 450 isi rumah baharu Bukit Begunan dapat manfaat projek bekalan air terawat

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Mei: Kira-kira 450 isi rumah baharu di kawasan Bukit Begunan serta berdekatan mendapat manfaat daripada Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Bahagian Sri Aman.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek itu bakal mengatasi masalah berkaitan air terawat ke Selopong dan Gua seperti yang telah dikemukakan di bawah Rolling Plan (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Skop kerja yang terlibat di bawah cadangan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ke kawasan Bukit Begunan, Bahagian Sri Aman, Sarawak adalah pemasangan paip pelbagai saiz sepanjang 65 kilometer (km), pembinaan tangki aras tinggi, stesen pam penggalak dan kerja-kerja yang berkaitan,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu projek itu melibatkan Kampung Engkeramut, Kampung Nyelam, Kampung Po Ai, Kampung Panggau dan Kampung Batu Besi.

“Ia turut melibatkan Melugu ke Kampung Panggil dan Selopong dan juga dari Kampung Selopong Jinggau ke Kampung Gua dan Kampung Ran,” jelas Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan