Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Cemerlang Sesi 2023/2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Almashoor di George Town hari ini. Foto: TVS

KPM pertingkat keselamatan di sekolah susulan ancaman bom palsu

GEORGE TOWN, 25 Nov: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan mempertingkatkan keselamatan di semua institusi dan sekolah di bawah kementerian itu susulan laporan ancaman bom palsu yang diterima di beberapa buah sekolah seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPM bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap laporan disiasat, biarpun kesemua laporan yang diterima setakat ini adalah palsu.

Katanya, KPM mengutamakan keselamatan murid dan memahami kebimbangan ibu bapa apabila 51 laporan telah diterima di seluruh negara sejak Selasa sehingga Khamis lalu.

“Kita ada garis panduan keselamatan dan kesemua sekolah telah dimaklumkan bagi memperketatkan keselamatan.

“Jika ada perkara mencurigakan atau terlihat orang tidak dikenali (diminta) supaya menghubungi polis segera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sesi 2023/2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Almashoor di sini.

Sementara itu, Hui Ying berkata, pihaknya mengesahkan kesemua ancaman berkenaan hanya diterima menerusi e-mel kepada pihak sekolah dengan kesemuanya adalah palsu.

Media melaporkan, PDRM menerima 51 laporan berhubung amcaman bom palsu di sekolah kebangsaan, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta di sembilan negeri di seluruh negara setakat Khamis.

Laporan berkenaan melibatkan 18 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur (tujuh), Johor (enam), Negeri Sembilan (tiga), Pulau Pinang (empat), Sarawak (lima), Perak (tiga), Sabah (dua) dan Kedah (tiga).

Polis telah membuka 10 kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan