Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Datuk Abdullah Saidol merakam gambar sebagai kenang-kenangan selepas merasmikan SCaT FAIR 2023 di Wisma SABATI, Kuching hari ini. Foto: TVS

SCaT FAIR turut fokus program TVET dan STEM

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Nov: Penganjuran Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT FAIR) 2023 kini tidak lagi tertumpu kepada kerjaya dan pameran pendidikan khusus kepada lepasan pelajar dan graduan sebaliknya kini menumpukan kepada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) sebagai program sampingan.

Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, program-program itu adalah bagi menyokong visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memperkasa Sarawak melalui ekonomi digital dan inovasi.

“Boleh saya katakan di sini bahawa SCaT Fair bukan lagi hanya platform untuk belia yang sedang mencari kerja dan sedang merancang hala tuju pembangunan diri mereka malah ia merangkumi seluruh lapisan masyarakat dengan pelbagai kerjaya dan pendidikan serta berteraskan ekonomi digital.

“Bermula dari pelajar di peringkat pra sekolah yang akan mendapat manfaat dengan mengikuti aktiviti STEM dan Digital yang diadakan sehinggalah calon-calon SPM dan STPM untuk tahun ini yang sedang merancang hala tuju pendidikan mereka selain sedang mencari pembiayaan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan SCaT FAIR 2023 di Wisma SABATI di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol.

Katanya lagi, antara program sampingan tersebut adalah Sarawak Fashion Awards, Youth Got Skills, Mini STEM Playground dan Borneo Maker Festival.

Len Talif turut berharap penganjuran SCaT Fair itu kekal menjadi program tahunan yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat serta menjadikan program itu sebagai salah satu program yang dinanti-nantikan semua lapisan rakyat Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS