Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee. Foto TVS

DUN Sarawak: Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah, program pendidikan negeri

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komitedĀ memperhalusi 15 komprehensif bagi tujuan penurunan kuasa bidang pendidikan di bawah Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini selaras dengan peruntukan perenggan 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

“Pengarah Pendidikan Sarawak diberi diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah serta program pendidikan yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak serta pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis

Tambah Annuar lagi, ini akan memudahkan pelaksanaan projek yang dibiayai oleh kerajaan negeri tanpa perlu melalui kerenah birokrasi.

Kata Annuar lagi, Bahasa Inggeris akan turut diguna pakai sebagai bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah khususnya bagi mata pelajaran tambahan matematik, biologi, fizik dan kimia.Ā -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā