Search
Close this search box.
Prof. Madya Dr. Saimi Bujang berpendapat mahasiswa yang dihantar untuk mendapat sijil kemahiran daripada CENTEXS merupakan peluang terbaik bagi meningkatkan ilmu kemahiran selain daripada akademik. Foto Muqri Azi (TVS)

UiTM Sarawak mahu hantar pelajar ke CENTEXS, tingkat kemahiran bersaing dalam industri

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 6 Mei: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan mahu menghantar pelajarnya untuk mengambil kursus kemahiran yang ditawarkan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Dr. Saimi Bujang berkata, ia adalah merupakan satu ‘value-added’ buat mahasiswa untuk bersaing dalam industri yang diceburi mereka.

Menurutnya, program sedemikian telah dilakukan di UiTM Kampus Mukah dengan kerjasama CENTEXS Mukah dan akan diaplikasikan untuk kampus di sini.

“Selain mendedahkan mereka pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kuliah, kita mahu memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan sijil kemahiran daripada CENTEXS yang dilihat sebagai satu ‘value-added’.

“Ini kerana CENTEXS menawarkan banyak kursus kemahiran seperti software, perkakasan digital atau telekomunikasi dan sebagainya yang mana apabila mereka keluar dari sini, mereka bukan sahaja dilengkapi dengan ilmu pengetahuan akademik tetapi pengetahuan dalam kemahiran juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Meal & Mind’ Siri 3 (Edisi Syawal) di Ruai Penggawa, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan di sini, hari ini.

Tambah beliau, UiTM akan menyasarkan pelajar-pelajar daripada golongan asnaf yang dilihat amat penting bagi membantu mereka keluar daripada kepompong kehidupan yang dihadapi mereka kini.

“Kita akan lihat secara terperinci perkara ini dan walaupun ia telah dilaksanakan di UiTM Kampus Mukah, kita cuma mahu lihat dari segi konteks UiTM Kampus Samarahan sebab ia adalah salah satu ilmu penting untuk memastikan pelajar-pelajar ini mampu bersaing dengan pihak industri di luar.

“Selaras dengan institusi yang diberi tanggungjawab untuk membangun dan membentuk kaum Bumiputera, kami di UiTM Sarawak berusaha untuk mencorak masa hadapan generasi ini agar mereka menjadi generasi dan bangsa yang hebat dan menjadi penyumbang kepada kelangsungan Bumiputera,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan