Search
Close this search box.
Yang di Pertua Hikmah, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain (tengah) menyaksikan pemeteraian perjanjian antara HITEC yang diwakili oleh Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel Lembaga Pengarah HIKMAH Islamic Technology College (HITEC) merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan UNIMAS yang diwakili Naib Canselor UNIMAS Profesor. Dr Ahmad Hata Bin Rasit DI SEDC Ithmus, hari ini. Foto TVS

HITEC sasar lahirkan Huffaz inklusif, versatil bidang IT

KUCHING, 4 Mei: Hikmah Islamic Technology College (HITEC) optimis meningkatkan akses peluang pendidikan berkualiti serta pembangunan modal insan termasuk kepada Huffaz melalui latihan dalam bidang teknikal dan profesional serta kemahiran untuk kerjaya masa hadapan.

Yang Dipertua HIKMAH, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain berkata, pelbagai usaha serta transformasi dilaksanakan bagi tujuan tersebut seperti menawarkan program pengajian IT di peringkat diploma dengan menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan Al-Quran.

Menurut Abdul Aziz, pihaknya juga berhasrat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar tahfiz agar memantapkan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang kemahiran serta meneruskan pembelajaran hafazan sepanjang tempoh pengajian di kolej berkenaan.

“Kita mahu melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran dan berintergriti tinggi.

“Selain itu, dalam masa yang sama, mereka adalah penghafaz al Quran dimana kita nak lahirkan pemimpin yang berkualiti dan berteraskan nilai Islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Memorandum Persefahaman antara Fakulti Sains dan Komputer UNIMAS dan Hikmah Islamic Technology College Sdn Bhd (HITEC) di Dewan Kenyalang Menara SEDC No.2 The Ithmus Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, Lembaga Pengarah HITEC Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata, menurut satu kajian daripada sebuah institusi menunjukkan, pelajar tahfiz yang menghafal 20 Juzuk Al-Quran mempunyai daya ingatan yang amat tajam.

Katanya, pelajar tahfiz memiliki kelebihan daya ingatan yang kuat dan tajam, komponen diperlukan oleh golongan teknologis yang untuk memasuki cabang IT.

“Kita melihat wujud keperluan untuk menyediakan laluan kepada pelajar huffaz ini untuk akses kepada pengajian teknikal dan berteknologi tinggi tetapi dalam masa yang sama mendapat sokongan dari aspek meneruskan proses hafazan mereka,” katanya.

Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh institusi ini, kolaboratif bersama UNIMAS dalam melaksanakan program pengajian dalam bidang IT, analitik data dan keselamatan siber diyakini mampu melahirkan graduan yang berkemahiran yang kompeten dan celik al-Quran selari dengan kemahiran alaf 21. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan