Search
Close this search box.
Pemohon yang membuat rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M telah mula menerima jawapan masing-masing sama ada permohonan mereka diluluskan ataupun tidak. Foto fail Mohammad Raffiq (TVS)

Pemohon rayuan haji sudah mula terima jawapan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Pemohon yang membuat rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M telah mula menerima jawapan masing-masing sama ada permohonan mereka diluluskan ataupun tidak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan dan jumlah kuota yang diluluskan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji Malaysia.

“Lembaga Tabung Haji (TH) ada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti semua permohonan rayuan haji dan setelah ambil kira permohonan yang dikemukakan oleh perayu, maka 31,600 kuota dah dipenuhi dan pada 9 Mei kapal terbang pertama akan berangkat ke Tanah Suci,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut hadir pada majlis itu menyantuni dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, pelajar tahfiz dan ibu tunggal.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini dengan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.

TH dilaporkan menerima lebih 80,000 rayuan haji sejak ia dibuka pada 26 Januari lepas.

Sementara itu ditanya mengenai kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berhubung tindakan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart, bertentangan dengan ajaran dan tindakan Rasulullah, Mohd Na’im berkata, beliau menghormati dan akan meneliti pandangan tersebut.

“Isu boikot ini pilihan individu dan kita menghormati pandangan Mufti Perak dan Insya-Allah kita akan teliti,” katanya.

Mengenai program ramah mesra tersebut, Mohd Na’im berkata, ia menghimpunkan 130 masjid dan surau Jumaat yang menyediakan juadah Hari Raya dan menyantuni tetamu daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama selaras dengan semangat muhibah masyarakat MADANI. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan