Search
Close this search box.
Safiee bersama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah dan Timbalan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ketika meninjau perkembangan projek Jambatan Batang Lassa pada Mei lalu. Foto FB Safiee Haji Ahmad

Pembinaan Jambatan Batang Lassa kini siap 87 peratus

MUKAH, 16 Dis: Projek pembinaan Jambatan Batang Lassa yang bakal menjadi penghubung penting penduduk di kawasan wilayah tengah dan Matu-Daro khususnya, kini mencapai prestasi siap sebanyak 87.37 peratus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, setakat ini kerja pembinaan jambatan kedua terpanjang di Sarawak itu berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

“Kita bersyukur projek mega ini berjalan lancar dan mencapai prestasi siap sebanyak 87.37 peratus. Ketika ini, keadaan fizikalnya sudah nampak begitu ketara dan seperti dimaklumkan, Insya-Allah projek ini akan siap sepenuhnya pada Disember 2024 nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Safiee menegaskan, kerajaan kekal komited melaksanakan agenda pembangunannya demi membela nasib rakyat khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar seperti Daro.

Dalam pada itu katanya, apabila Jambatan Batang Lassa siap kelak, projek itu diyakini membawa impak besar terutama dalam aspek ekonomi dan sosial penduduk di kawasan berkenaan.

“Projek berimpak tinggi ini diyakini akan menjadi pencetus perubahan pembangunan Daro. Sudah pasti, ia akan membawa limpahan pembangunan ekonomi di kawasan Daro yang yang sekarang ini, tidak lagi terpisah dengan arus pembangunan perdana,” katanya.

Beliau juga optimis Jambatan Batang Lassa bakal membawa manfaat besar sejajar dengan hasrat kerajaan meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan