Search
Close this search box.
Kemudahan penginapan serta keindahan alam semula jadi di Sematan termasuk di Telok Melano semakin menarik kehadiran pengunjung luar. Foto, Firdaus Ismail, TVS.

Kemudahan penginapan selesa di Sematan tarik kehadiran pelancong

SEMATAN, 19 Dis: Kemudahan penginapan yang semakin baik di sini dilihat telah menarik kemasukan pelancong luar yang lebih ramai, kata Dato Henry Harry Jinep.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak berkata, selain itu usaha menaik taraf tempat pelancongan sedia ada oleh Kerajaan Sarawak turut memberi nilai tambah kepada Sematan.

“Sekarang kita nampak Roxy (Roxy Sematan Beach Hotel dan Roxy Telok Serabang) sudah menawarkan kawasan pelancongan yang besar.

“Projek menaik taraf Waterfront Sematan juga sudah hampir siap, oleh itu banyak aktiviti air yang boleh dilaksanakan dan seterusnya menarik kehadiran pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Perasmian Program Kempen Kesedaran, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Sematan di sini hari ini.

Dato Henry Harry Jinep (tiga dari kanan) menyerahkan hadiah kepada seorang kanak – kanak pada Majlis Penangguhan Perasmian Program Kempen Kesedaran, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Sematan hari ini. Foto TVS

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Sementara itu, Henry Harry mahu Lembaga Sungai Sarawak (LSS) menganjurkan lebih banyak aktiviti sukan air bagi menarik minat pelancong.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga ADUN Tasik Biru memaklumkan, projek pembersihan Jeti Sematan bakal dilaksanakan pada tahun depan selepas mendapat kelulusan.

Kata beliau, inisiatif berkenaan bertujuan untuk menjaga tahap kebersihan jeti selain memastikan keselamatan orang ramai.

“Ini merupakan komitmen utama LSS berikutan jumlah pengguna jeti yang semakin meningkat,” katanya.

Tambah beliau, peningkatan aktiviti sungai di Sematan juga menjadi faktor utama penempatan semula oleh LSS.

“Penempatan semula itu membolehkan aktiviti penyelenggaraan serta pemantauan terhadap aktiviti yang melibatkan sungai dari Sematan hingga ke Lundu dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan