Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin merasmikan Pejabat Lembaga Sungai Sarawak (SRB) cawangan Sematan di sini, hari ini. Foto TVS.

Lembaga Sungai Sarawak (SRB) Cawangan Sematan kembali beroperasi

KUCHING, 19 Dis: Lembaga Sungai Sarawak (SRB) Cawangan Sematan kembali beroperasi setelah ditutup pada 2019.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, keputusan mengoperasikan semula pejabat SRB cawangan berkenaan adalah kerana pelbagai aktiviti di Sematan boleh dilaksanakan khasnya sektor pelancongan.

“Sudah empat tahun (SRB Cawangan Sematan dihentikan), hari ini kita memutuskan untuk pejabat tersebut beroperasi semula,” katanya.

Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat SRB Cawangan Sematan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kim Shin berkata, operasi semula pejabat berkenaan akan dapat menyediakan latihan pengurusan bot pelancongan yang boleh disertai oleh nelayan.

“Ini kerana Sematan juga merupakan salah satu kawasan pelancongan, yang dijangka bakal menerima sambutan pada masa hadapan.

“Jadi dengan adanya pejabat di sini, kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti berkait dengan tugas dan tanggungjawab SRB,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan