Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Kestabilan politik, perpaduan kaum, meriahkan setiap perayaan di Sarawak

ByFebbright James

MIRI, 12 Feb: Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin menyifatkan kemeriahan setiap perayaan yang disambut di Sarawak didorong kestabilan politik dan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Menurutnya, dengan iklim politik Sarawak yang stabil dan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa telah menjadi faktor membolehkan perayaan ini disambut meriah.

“Tahun ini pula kita menyaksikan rumah terbuka telah pun diadakan secara besar-besaran di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengamalkan nilai inklusiviti dan keterangkuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena dengan kunjungan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Miri hari ini.

Tambah beliau, secara peribadi sambutan tahun ini menjadi ‘reunion’ kepada beliau dan keluarga apabila semua dapat berkumpul meraikannya.

“Pertemuan seluruh ahli keluarga semasa perayaan Tahun Baharu Cina ini telah menjadi tradisi dan peluang untuk kita sama-sama menikmati juadah dan berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaan,” ujarnya.

Turut hadir ialah dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datu Penguang Manggil dan Dato Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan