Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas berkunjung ke kediaman Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin di Miri bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2024. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Persempadanan semula kawasan DUN Sarawak di peringkat libat urus dengan SPR – Abang Johari

ByFebbright James

MIRI, 12 Feb: Persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak sedang di peringkat libat urus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, memang sudah ada pemakluman dari pihak SPR berkaitan menyemak semula persempadanan itu.

“Kita akan hantar cadangan. Pihak SPR akan kaji dan pertimbang cadangan daripada kita. Konsepnya kita akan buat sesi libat urus kerana ini melibatkan semua parti dan bukan hanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berkunjung ke kediaman Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin di Miri bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2024 hari ini.

Menjawab sama ada persempadanan semula itu turut melibatkan DUN Senadin memandangkan saiz kawasannya yang besar, Abang Johari memberitahu ia terpulang kepada pihak SPR.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan kajian semula persempadanan di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan