Search
Close this search box.
Sarawak turut meneroka tenaga hidrogen yang menyumbang kepada ekonomin dan kelestarian alam sekitar. Foto hiasan, Envato.

Sarawak meterai JDA dengan Jepun bagi realisasikan visi ekonomi hidrogren

KUCHING, 20 Dis: SEDC Energy milik kerajaan negeri Sarawak telah memeterai perjanjian pembangunan bersama (JDA) dengan rakan dari Jepun dalam usaha merealisasikan projek H2ornbill yang berkaitan dengan ekonomi hidrogen.

Perjanjian itu dimeterai oleh ENEOS, Sumitomo Corporation dan SEDC Energy di sini pada 25 Oktober lepas dan kesemua pihak terbabit sedang dalam proses memperincikan lagi Projek H2ornbill.

Dalam kenyataan semalam, SEDC Energy berkata JDA itu menggariskan kerjasama untuk mewujudkan rantaian bekalan hidrogen lebih bersih yang menjana kira-kira 90,000 tan hidrogen bersih, termasuk 2,000 tan yang diperuntukkan bagi kegunaan tempatan.

“Tenaga kuasa hidro Sarawak adalah alasan di sebalik penglibatan kedua-dua rakan dari Jepun itu dalam Hab Hidrogen Sarawak di Bintulu.

Hidrogen Sarawak bertaraf premium, dihasilkan menggunakan kaedah mesra alam  

“Seperti digariskan dalam JDA itu, peranan SEDC Energy adalah untuk menerajui aspek-aspek teknikal pengeluaran hidrogen dengan menumpukan usaha penyepaduan dan mengoptimumkan proses pemerolehan tenaga bagi projek berkenaan.

“Matlamat projek itu adalah untuk memulakan penghasilan hidrogen bersih menjelang 2030 dan semua pihak terbabit akan memasuki fasa reka bentuk kejuruteraan awalan (FEED) tidak lama lagi,” katanya.

Hidrogen Sarawak bertaraf premium, dihasilkan menggunakan kaedah mesra alam  

Menurut SEDC Energy, pemilihan Bintulu bagi lokasi hab itu juga didorong oleh kewujudan kemudahan kompleks perindustrian petrokimia sedia ada dan boleh dimanfaatkan untuk pengeluaran methylcyclohexane (MCH) bagi penghantaran hidrogen ke Jepun.

SEDC Energy Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2019, merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak dan bertanggungjawab memacu agenda tenaga hidrogen serta perniagaan runcit hiliran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan