Search
Close this search box.
Hasbi ketika melawat jalan Bawang Obor dan ke Tanah Merah Medamit. Foto: TVS

RM70 juta diperlukan naik taraf Jalan Bawang Obar ke Tanah Merah

LIMBANG, 7 Jan: Anggaran kos sebanyak RM70 juta diperlukan untuk melaksanakan kerja menarik taraf Jalan Bawang Obar hingga ke Tanah Merah, kata Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, laluan berkenaan sepanjang 17 kilometer (km) perlu dinaik taraf kepada jalan berstatus R3 yang menjadi akses utama bagi penduduk di luar bandar.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, laluan berkenaan juga penting kerana menghubungkan Limbang secara terus ke Gunung Buda tanpa melalui Brunei.

“Malah ia juga menjadi laluan utama buah 10 buah rumah panjang, sebuah sekolah dan perkampungan Bisaya.

“Kita memohon kepada Kerajaan Sarawak Dan Kerajaan Persekutuan menaik taraf laluan ini. Dahulu jalan ini pernah dibaiki menerusi dan peruntukan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Jalan Bawang Obor ke Rumah Panjang Jubang Tanah Merah, Medamit hari ini.

Sementara itu, Hasbi turut memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang turut mengemukakan permohonan untuk kerja menaik taraf jalan berkenaan.

Kata beliau kawasan di sepanjang jalan itu juga berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan kerana keindahan alam semula jadi di Gunung Buda hingga ke Taman Negara Mulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan