Search
Close this search box.
Seorang bayi perempuan ditemukan di dalam kotak yang diletakkan di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam dekat Selama pada Sabtu. Foto hiasan Envato

Disyaki buang bayi, dua remaja ditahan polis

ByBernama

IPOH, 8 Jan: Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi perempuan di dalam kotak di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit, Sungai Nor, Rantau Panjang di Selama pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata dalam kejadian 7.28 pagi Sabtu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki bahawa beliau menemukan seorang bayi perempuan di dalam kotak yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu.

Beliau berkata bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat, seterusnya dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan, pada 7 Jan 2024 (hari ini) pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berumur 17 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi tersebut, serta perempuan berumur 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.

“Kedua-duanya merupakan pelajar sekolah. Kes telah selesai dengan tangkapan kedua-dua suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan