Search
Close this search box.
Suspek wanita yang menyimbah air panas ke atas seorang lelaki Sindrom Down di dalam lif sebuah apartmen di Jalan Rajawali, Bayan Lepas, Balik Pulau diberkas polis semalam. Foto media sosial

Wanita simbah air panas dalam lif dicekup polis

BALIK PULAU, 20 April: Seorang wanita yang merupakan suspek menyimbah air panas ke atas seorang lelaki penghidap Sindrom Down di dalam lif sebuah apartmen di Jalan Rajawali, Bayan Lepas di sini berjaya diberkas polis semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, wanita berumur 39 tahun itu diberkas di bawah apartmen berkenaan pada kira-kira 9.10 malam.

“Dia ditahan semasa mahu pulang ke rumah dan turut dirampas adalah beg tangan dan bekas air yang disyaki digunakan suspek.

“Suspek dibawa ke mahkamah untuk direman hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media pada Jumaat melaporkan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) melecur selepas disimbah air panas oleh seorang wanita yang juga jirannya semasa di dalam lif sebuah apartmen.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 33 tahun mahu pulang ke rumahnya di tingkat 16.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan