Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya sedia untuk memberikan bantuan seperti kewangan kepada golongan yang layak. Foto Zaim Zharfan (TVS)

KPWKM sedia beri bantuan kepada individu yang berhadapan masalah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 20 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia beri bantuan kepada golongan sasar dari sudut kebajikan masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya sedia untuk memberikan bantuan seperti kewangan tidak melebihi RM 100,000 setahun jika menerima permohonan daripada golongan itu.

Katanya, selain itu pihaknya turut bersedia memberi bantuan berbentuk khidmat dari pegawai kementerian dan kaunseling untuk menangani kes-kes tertentu yang memerlukan.

“Sebenarnya apabila kita mengetahui berkenaan satu-satu kes, pegawai, pelindung serta kaunselor akan menangani mereka. Setiap kes memang sentiasa kita santuni dan ini memang perkara yang biasa kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra KPWKM Bersama Kumpulan Sasar di Dewan SABATI di sini, hari ini. Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar.

Nancy turut menangkis dakwaan sesetengah pihak di media sosial bahawa KPWKM tidak memberi respon terhadap sesetengah isu yang dibangkitkan.

“Ada yang mengatakan dalam laman X, KPWKM tidak memberi sebarang respon tetapi sebenarnya kita dah respon. Namun adakala sesetengah orang lupa untuk memaklumkan bahawa kami sudah memberi respon,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, dianggarkan lebih 3,500 golongan sasar hadir dan menerima bantuan daripada KPWKM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan