Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri ketika ditemui media di kediamannya sempena kunjungan mesra Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

KPWKM nilai kemampuan mangsa rogol urus anak sendiri – Nancy

BySalasiah Safian

KUCHING, 5 Mei: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan hasil daripada perbuatan terkutuk itu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya bersedia mengurus proses tertentu bagi memastikan perlindungan rapi diberikan kepada anak mangsa sekiranya wanita berusia 20 tahun itu tidak mampu menjaga anaknya.

“Mangsa sudah 20 tahun, sudah dewasa jadi mungkin ada perancangan sendiri, nak jaga anak sendiri, tetapi kita perlu ada siasatan untuk melihat kemampuan dan memilih penyelesaian terbaik kepada isu ini dan sekiranya mangsa memerlukan perlindungan kita sentiasa bersedia kerana itu tanggungjawab dan tugas kita,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kisah wanita yang dirogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun yang berlaku di Kampung Chuah, Port Dickson sehingga mangsa melahirkan dua orang anak yang mana seorang daripadanya meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi berusia tiga tahun.

Buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan pihak polis untuk langkah seterusnya.

Dalam pada itu, Nancy menekankan kepentingan pendidikan seks serta kerjasama antara kementerian bagi memastikan kanak-kanak bawah umur memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka berada dalam situasi demikian.

“Ini sesuatu yang menyakitkan untuk didengar…kami di kementerian amat sakit hati, sedih dan marah… kita terpaksa mencari jalan untuk mengelak perkara seperti ini berlaku dan ia melibatkan semua kementerian berkaitan untuk perketatkan hal pendidikan dan sebagainya,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kejadian terkutuk itu berlaku sejak 2016 sehingga 2024 di dalam rumah yang sama di kampung tersebut.

Beliau berkata, ibu bapa pengadu, masing-masing berusia lingkungan 40-an itu ditahan Jumaat lalu sekitar jam 11.40 pagi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan